Benar! Allah Maha Adil

 on Sunday, 28 June 2015  

Allah Maha Adil. Sesungguhnya tiada sebarang ungkapan yang mampu mempertikaikan Keadilan Allah swt. Allah swt maha adil. Ungkapan keadilan itu wujud kerana adanya berbagai benda, makhluk dan alam kehidupan yang memenuhi ruang cipta Allah swt ini. Jika ada satu sahaja ciptaan Allah swt, maka perlu apa ada keadilan. Keadilan sesama siapa, sesama apa, perlu apa keadilan jika tiada yang lain yang sama-sama merasai keadilan itu. Maka itu, tercetusnya keadilan itu adalah kerana tiap sesuatu yang ada wujud tetap bergantung, tetap berpaut pada satu dengan yang lain untuk terus wujud. Hanya Allah swt sahaja yang ada sendiri, tiada Ia berpaut, tiada ia bergantung, pada sebarang apa piun.

Keadilan Allah swt itu merangkumi segala apa pun. Namun ada segelintir manusia menidakkan dengan berkata Allah tidak adil kerana ada manusia lahir sebagai Raja dan ada manusia lahir sebagai pengemis, ada manusia lahir di bandar mewah dan ada manusia lahir di bumi peperangan. Dan bagi menangkis dakwaan tersebut, sebahagian besar umat manusia pula mengatakan ianya takdir suratan, menurut kehendak Allah swt yang maha pencipta, yang maha mengetahui segala yang tersembunyi. Dan berbagai lagi pendapat dan fatwa, yang sesuai dan serasi dengan cara pemikiran mereka, yang dikeluarkan bagi menangkis kata-kata Allah tidak adil. Dan demikianlah seterusnya putaran dakwa dan tangkis berlarutan yang akhirnya menimbulkan tiada keyakinan pada ugama itu.

Allah maha adil. Tiadalah satu apa pun yang dapat mencalar keindahan sifat maha adil Allah swt itu. Namun masih terbuku persoalan mengapa wujud suratan takdir, yang tercatat dalam Lauhul Mahfuz itu, bagi menetapkan segala apa yang harus berlaku pada alam ini. Mengapa harus ada ketetapan pada segala kejadian jika Allah swt itu maha adil. Dan dikatakan hanya doa yang boleh merubah apa yang tertulis di Lauhul Mahfuz. Tentu doa yang dilakukan itu ada juga tercatat dalam Lauhul Mahfuz sebelum perbuatan doa itu. Dan perubahan pada catatan suratan takdir dalam Lauhul Mahfuz itu pun sudah tercatat sebelum kejadian perubahan itu. Maka persoalan timbul mengapa harus ada ketetapan yang boleh diubah-ubah, mengapa harus ada ketetapan kejadian jika ada kehendak. Kehendak adalah merujuk kepada sesuatu yang belum terjadi. Daripada tiada, daripada belum terjadi, maka timbul sesuatu kehendak itu supaya ada atau supaya terjadi. Maka selepas pada kehendak itu barulah ianya berlaku atau terjadi. Dan jika ketetapan suratan takdir atas segala kejadian yang berlaku sudah tercatat semenjak azali lagi, apakah Allah swt kini tiada sifat kehendak.

Keadilan Hukum Allah

Bagi menghadapi segala kerumitan itu, adalah mudah untok meyakini, bahawa tiadalah suratan takdir itu tertulis di Lauhul Mahfuz, kerana Allah swt itu maha adil. Tiadalah secebis suratan seperti catatan diari yang tersimpan di Lauhul Mahfuz. Yang ada cuma KETETAPAN HUKUM HAKAM ke atas apa yang sepatutnya berlaku. Seperti hukum pernyataan api itu panas, air batu itu sejuk, kapas itu ringan dan besi itu berat, benar walau di Bumi atau di Marikh atau di bulan. Bahawa apa yang terlontar ke atas pasti jatuh ke bumi, tetapi tidak di angkasa tiada bergraviti. Bahawa ketawa itu ceria dan lapar itu perlu pada makanan.

Apakah kita lupa pada firman Allah swt Surah Ar-Rad 11
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Allah Maha Adil. Umat Islam keseluruhanNya telah dipesongkan kepercayaan mereka oleh musuh-musuh Islam sehingga mereka benar-benar yakin pada suratan takdir. Sebenarnya, harus diteliti bahawa suratan takdir seoerti apa yang dipercayai selama ini adalah faktor pada kelemahan umat Islam. Sehinggakan keadaan umat Islam yang tertinggal dalam dunia ekonomi, pun dikatakan ianya suratan takdir. Bahawa segala apa kekurangan pada orang Melayu ketika ini pun dikatakan ianya sudah suratan. Yakinlah, bahawa Allah itu maha adil, sehinggakan mengizinkan apa juga kemahuan dan doa kita, Dan jika kita sendiri mengatakan kelemahan orang Melayu atau umat Islam seuruh dunia adalah suratan takdir, maka itulah yang akan berlaku. Allah maha adil mengizinkannya berlaku. Sumber: Alam Inspirasi.
Benar! Allah Maha Adil 4.5 5 Bellicose Sunday, 28 June 2015 Allah Maha Adil. Sesungguhnya tiada sebarang ungkapan yang mampu mempertikaikan Keadilan Allah swt. Allah swt maha adil. Ungkapan keadilan itu wujud kerana adanya berbagai benda, makhluk dan alam kehidupan yang memenuhi ruang cipta Allah swt ini Allah Maha Adil . Sesungguhnya tiada sebarang ungkapan yang mampu mempertikaikan Keadilan Allah swt. Allah swt maha adil. Ungkapan keadilan...




Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.