Tun Mahathir Mohamad mengkritik Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dikaitkan dengan gaya hidup mewah. Gaya Mewah Rosmah lagak macam Perdana Menteri.
"Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib. Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya. Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli Umno tetapi juga orang Cina. Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia perdana menteri"— Tun Mahathir Mohamad
Akibat desakan itu bertalu-talu, Tun Mahathir Mohamad cuba menegur Najib tetapi tidak berkesan. Desakan supaya Tun Mahathir Mohamad membuat sesuatu untuk menyedarkan Najib akan kemerosotan sokongan kepadanya sendiri, dan kebencian kepada tindak-tanduknya serta cara hidup mewah Rosmah Mansor sering diterima Tun Mahathir. Ramai mendesak agar buatlah sesuatu. Tun Mahathir sudah buat tetapi tidak berkesan.
Rosmah Mansor buat Malaysia Lebih Parah
Bagaimanapun, apabila Tun Mahathir Mohamad mula mendengar berkaitan dakwaan skandal 1MDB, beliau merasakan keadaan sudah menjadi amat serius.
"Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi. Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya. Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri"
Tun Mahathir Mohamad pada 29 April membangkitkan dakwaan Gaya Hidup Rosmah susulan khabar angin beliau membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan ketika majlis perkahwinan anaknya. Isunya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Kita tak pasti kalau ia benar, tetapi ada yang faktanya. Itu jadi masalah Malaysia dibawah pentadbiran Najib Razak. Tun Mahathir Kritik Rosmah Mansor.
No comments:
Post a Comment