Budaya Politik Dinasti atau Kekeluargaan

 on Monday 9 March 2015  

Budaya Politik Dinasti atau Kekeluargaan tidak mustahil boleh berlaku di Malaysia. Merujuk Coretan Chedet, beliau amat tertarik dengan penjelasan dari Mohd Puad Zarkashi bahawa tidak mungkin amalan atau Budaya Politik Dinasti dalam UMNO mudah berlaku. Sebabnya ialah undang-undang tubuh UMNO sudah dipinda supaya bukan perwakilan ke mesyuarat agong yang tidak ramai yang akan memilih, tetapi 146,000 perwakilan ke mesyuarat bahagian yang akan memilih.

Budaya Politik Dinasti dalam UMNO

Bahagian bukan sama Besar

Ada yang sepuluh kali ganda lebih besar daripada yang lain. Yang diambil kira bukan jumlah perwakilan yang mengundi seseorang calon (146,000 ahli) tetapi jumlah bahagian yang mencalon dan melantik. Jumlah bahagian sebenarnya kurang daripada jumlah perwakilan ke mesyuarat agong. Pengundi bukan ditambah tetapi dikurangkan.


Bahagian yang dulu tidak Berkuasa

Sekarang lebih berkuasa daripada perwakilan. Chedet dipilih oleh Tun Hussein yang bukan keluarga Chedet menjadi Timbalan Perdana Menteri. Yang memilih Chedet sebagai Timbalan Presiden UMNO ialah perwakilan ke mesyuarat agong. Sudah tentu ada ramai yang tidak puas hati dan marah tetapi tidak ada calon lain untuk mereka undi. Demikian juga semasa Chedet dipilih menjadi Presiden. Kemudian Chedet dicabar. Tetapi Chedet menang walaupun hanya 43 undi.

Chedet cuma mengingatkan dalam blog Chedet bahawa kaitan kekeluargaan tidak boleh dijadikan asas pemilihan atau penolakan.Chedet kurang faham kenapa beliau salah dengan menyatakan bahawa siapa sahaja yang layak dan cinta UMNO berhak dilantik ke semua jawatan serta kaitan kekeluargaan tidak boleh dijadikan asas pemilihan atau penolakan.

Apakah UMNO mahu kaitan kekeluargaan dijadikan sebagai asas pemilihan?

Chedet tidak kata apa-apa berkenaan Dato Seri Najib. Chedet cuma membuat kenyataan umum. Jika sesiapa berasa tersinggung, itu masalah mereka. Walaupun Chedet berpendapat kaitan keluarga tidak boleh dijadikan asas penerimaan atau penolakan, tetapi Chedet melarang anak Chedet daripada mengejar keahlian atau jawatan dalam UMNO, melainkan jika dilantik oleh pemimpin bukan keluarga.
Budaya Politik Dinasti atau Kekeluargaan 4.5 5 Bellicose Monday 9 March 2015 Budaya Politik Dinasti atau Kekeluargaan tidak mustahil boleh berlaku di Malaysia. Merujuk Coretan Chedet, beliau amat tertarik dengan penjelasan dari Mohd Puad Zarkashi bahawa tidak mungkin amalan atau Budaya Politik Dinasti dalam UMNO mudah berlaku. Budaya Politik Dinasti atau Kekeluargaan tidak mustahil boleh berlaku di Malaysia. Merujuk Coretan Chedet , beliau amat tertarik dengan pe...




Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.