Wajarannya seseorang menjadikan dirinya sebagai Pemimpin tanpa dipilih oleh rakyatnya sendiri. Dalam Sejarah, Khalifah Pertama Arab ialah Saidina Abu Bakar As Siddiq dan bukannya Nabi Muhammad S.A.W. Semasa Rasulullah dilantik untuk Memimpin Madinah, bukannya sebagai Jawatan Khalifah. Ini bermakna jawatan sebagai Penguasa yang Disandang untuk pertama kali dalam Sejarah Islam bukan oleh Nabi sendiri. #demokrasi
Tiada siapa yang boleh mempersoalkan pangkat dan kedudukan yang dikurniakan Allah kepada Rasullullah. Namun Adakah Rasulullah menyandang apa-apa jawatan yang di lantik oleh manusia sepanjang kehidupannya.
Pemimpin diangkat oleh yang mahu dipimpinnya. Bukan seorang yang tiba-tiba muncul paksa orang menurut perintahnya
Pemimpin diangkat oleh yang mahu dipimpinnya. Bukan seorang yang tiba-tiba muncul paksa orang menurut perintahnya. Nabi sendiri pun tak mengangkat dirinya menjadi Khalifah, majoriti penduduk Madinah yang bosan dengan perbalahan tampuk kekuasaan yang bertemu nabi dan melantik nabi sebagai pemimpin Madinah, nabi meletakkan syarat dan mereka setuju. Maknanya kalau mereka tak setuju, nabi tak jadi pun pemimpin Madinah.
Apabila mereka setuju dengan syarat nabi, ada berlaku perjanjian dengan penduduk Madinah, perjanjian dipersetujui secara majoriti. Yang minoriti tak setuju, yang minoriti tu lah menjadi munafik kemudiannya. Yang minoriti tu bersekongkol dengan musuh-musuh nabi, kemudiannya berkhianat untuk menggulingkan nabi. Wajarkah Melantik Diri Sendiri Menjadi Pemimpin.
Cuma mereka gagal nak gulingkan nabi. Tidakkah semua melihat kepada fakta sejarah dan bukan hanya kepercayaan membuta tuli? Faktanya perlantikan nabi sebagai pemimpin Madinah adalah secara demokrasi dan kemudian dengan perjanjian. Nabi sendiri tak muncul sebagai pemimpin secara tiba-tiba mengaku menjadi pemimpin.
Adakah Wajarannya Melantik Diri Sendiri Jadi Khalifah
Dimanakah kewajarannya seseorang melantik diri sendiri sebagai Khalifah? Di Madinah, lantikan ke atas Rasullullah sebagai pemimpin Madinah adalah atas persetujuan bersama (demokrasi) oleh penduduk Madinah. Nabi sendiri tidak pernah mengangkat dirinya menjadi sebagai pemimpin.
No comments:
Post a Comment