Kadar Tambang Baharu Pengangkutan Awam Malaysia

 on Thursday 19 March 2015  

Kadar Tambang Baharu Pengangkutan Awam Malaysia setelah Tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa serta merta. Manakala mulai 15 Mei pula tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus. Namun, Apakah Punca Kenaikan Tambang Pengangkutan Awam ini.

Kadar Tambang Baharu Pengangkutan Awam Malaysia

Penyelarasan kadar Tambang Pengangkutan Awam diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) setelah mengkaji dan menilai kadar munasabah yang tidak membebankan orang ramai.

Punca Kenaikan Tambang Pengangkutan Awam

Kenaikan Tambang Pengangkutan Awam di Malaysia berikutan kenaikan kos termasuk penyelenggaraan dan insurans yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan. Penyelarasan kadar baharu itu tiada kaitan dengan penguatkuasaan #GST Cukai Barang dan Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa 1 April. Perubahan Tambang Pengangkutan Awam serta merta adalah mengambil kira kepentingan semua pihak.

Penyelarasan kadar tambang baru itu dibuat setelah mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga barang dan kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia. Penetapan kadar baharu itu wajar dilakukan memandangkan kali terakhir semakan kadar tambang teksi dan bas ekspres dibuat pada 2009.

Kadar Tambang Baru Pengangkutan Awam Malaysia

Penumpang teksi 1Malaysia (TEKS1M) di Pulau Pinang
Tambang Baharu RM19.80 bagi 10km pertama berbanding RM11.80 pada kadar lama.
Penumpang TEKS1M di Lembah Klang dan Johor Baharu
Tambang Baharu RM17.50 bagi 10km pertama berbanding RM10.80 pada kadar lama.
Penumpang teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Baharu
Tambang Baharu RM14.30 berbanding RM10.80 pada kadar lama bagi 10km pertama.
Penumpang teksi bajet di di Pulau Pinang
Tambang Baharu RM17.50 berbanding RM11.80 pada kadar lama bagi 10km pertama.
Penumpang Kereta Sewa
Tambang Baharu RM14.50 berdasarkan kadar siling yang baharu.

Kenaikan tambang bas ekspres untuk perjalanan seluruh negara adalah antara RM4.60 sehingga RM11. Manakala Kadar yang akan dikenakan bagi perkhidmatan di bawah KTM Berhad dan Prasarana, akan diumumkan oleh syarikat KTM Berhad.

KTM Berhad (KTM) hari ini mengumumkan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan KTM Komuter dengan peningkatan sehingga RM7.10 berkuat kuasa 1 Mei. (Update)

Kenaikan kadar tambang baharu ini tidak melibatkan teksi lapangan terbang dan teksi eksekutif. Pengusaha teksi perlu menyusun semula meter di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan kadar baharu itu. SPAD berharap semua pemandu teksi lebih patuh dan bertanggungjawab dengan pengumuman kadar baharu ini dan tidak mengambil kesempatan.
Kadar Tambang Baharu Pengangkutan Awam Malaysia 4.5 5 Bellicose Thursday 19 March 2015 Kadar Tambang Baharu Pengangkutan Awam Malaysia setelah Tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa serta merta. Manakala mulai 15 Mei pula tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus. Namun, Apakah Punca Kenaikan Tambang Pengangkutan Awam ini. Kadar Tambang Baharu Pengangkutan Awam Malaysia setelah Tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa serta...




Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.