Tiga tahun mendatang tempoh mencabar dan kritikal buat UMNO. Semua ahli UMNO diingatkan supaya tidak mengambil mudah iklim dan ekosistem politik negara dalam tempoh tiga tahun mendatang yang disifatkan sebagai tempoh yang mencabar dan kritikal. Semua ahli perlu memastikan Parti UMNO terus menjadi sebuah parti yang relevan untuk bangsa Melayu tanpa meminggirkan hasrat kaum lain.
Tiga tahun mendatang adalah tempoh yang amat mencabar dan kritikal kerana perubahan iklim dan ekosistem politik yang berlaku di peringkat negara menuntut UMNO menjadi sebuah parti proaktif. Dalam tempoh itu UMNO perlu dilihat sebagai sebuah parti yang membantu menangani masalah masyarakat.
Apa yang kita rancang dan laksana perlu mengambil kira pandangan dan ekspresi masyarakat setiap kaum. Ia memerlukan pimpinan politik UMNO yang terdidik, bermoral dan perlu faham apa yang mereka lakukan— Tan Sri Muhyiddin Yassin
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025
Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 7 April ini. 10 Anjakan yang akan diumumkan bakal membawa pendidikan tinggi negara ke tahap yang lebih maju, lebih berkualiti dan mampu menjana modal insan yang berkualiti. Pelan Pembangunan Pengajian Tinggi adalah bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadaakan sesi perbincangan dan pandangan dengan semua pihak. Walaupun pendidikan tinggi negara sudah sampai ke tahap yang membanggakan tetapi kita masih perlu mengambil kira persaingan negara di peringkat global.— Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perbincangan dengan semua pihak melibatkan ibu bapa, badan bukan kerajaan dan pakar dalam bidang pendidikan selama dua tahun akhirnya merumuskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025.
No comments:
Post a Comment